Thursday, May 15, 2008

P RAMLEE DI CAKERA NUSANTARA

Awang Azman Awg Pawi & Khor Chooi Lian (2005), P. Ramlee di Cakera Nusantara, Penerbit Universiti Malaysia Sarawak

P.Ramlee di Cakera Nusantara membincangkan gagasan dan banyak penemuan baru mengenai P.Ramlee meliputi perkembangan artistic dan kreativiti, lirik, komposisi, skrip-skrip dan pengarahan.

Ini dikaitkan dengan konteks pemikiran kebudayaan dan zeitgeist pada ketika itu, dan pemikiran semula dalam bentuk kini.

Secara keseluruhan, ia memberikan kefahaman bentuk semasa yang wujud untuk pembinaan karya kontemporari, dan mengeksplorasi bentuk-bentuk baru pada era convergence ini.

Buku ini dijangka dapat memberikan suatu bentuk sarwajagat P.Ramlee dan beberapa aspek yang merentasi cabaran estetika.

Para sarjana, penyelidik dan aktivitis seni berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mengenai aspek-aspek yang relevan tentang keseniannya.

Sebenarnya tidak timbul persoalan untuk mengantarabangsakan ketokohan P.Ramlee kerana beliau sendiri sudah lama diiktiraf sebagai tokoh seniman yang bertaraf antarabangsa.

Filem yang diarah dan juga dilakonkan oleh P.Ramlee dapat dikatakan mencapai tahap karya canon atau karya agung/klasik/kanun sekiranya kita menggunakan kayu ukuran atau kriteria oleh sarjana bernama Harold Bloom dalam bukunya The Western Canon: The Books and School of the Ages untuk membuat kriteria tentang karya canon di Barat.

Banyaknya peningkatan kajian dan penelitian tentang P.Ramlee merupakan bukti karya tersebut dianggap sebagai Eastern Canon. P.Ramlee sendiri telah dinobatkan sebagai Seniman Agung Negara.

Buku ini sesuai dibaca oleh mahasiswa seni, pengkaji dan peminat seni negara khususnya tentang Seniman Agung Negara. Buku ini juga ditujukan kepada semua yang prihatin terhadap sejarah perkembangan seni negara.

Labels

About Me

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia