Saturday, February 23, 2008

DATO’ ABDUL RAHMAN PALIL

Dato’ Abdul Rahman Palil yang sebelum pilihanraya umum keduabelas memegang jawatan ekso negeri Selangor, mula menyertai politik dalam tahun 1974 ketika berusia 18 tahun.

Beliau memenangi kerusi negeri bagi Sementa kali pertama dalam tahun 1994.

Dalam tahun 1996 bukunya Belajar dan Berjaya diterbitkan.

Pada bulan April 1995 memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Sementara untuk penggal kedua dengan mengalahkan Delingannu anak lelaki Allagan dari DAP.

Dalam bulan November 1999, iaitu pilihanraya umum ke-10, beliau sekali lagi memenangi kerusi itu bagi penggal ketiga mengalahkan Hamidzun Khairudin dari Keladilan.

Pada 31 Ogos 2000 Datuk Rahman Palil dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO Selangor.

Datuk Abdul Rahman memenangi lagi kerusi kawasan itu dalam bulan Mac 2004, iaitu penggal keempat mengalahkan seorang lagi Abdul Rahman iaitu Abdul Rahman Ibrahim dari Keadilan.

Pada 31 Mac 2004 beliau dilantik Pengerusi Hal Ehwal Islam, Belia dan Jawatankuasa Perpaduan Rakyat.

Datuk Abdul Rahman Palil menerima anugerah Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) yang membawa gelaran Datuk oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 1996.

Blog Archive

Labels

About Me

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia