Monday, February 25, 2008

MANIFESTO BN PRU12

25 Februari, 2008 21:47 PM

Manifesto BN Mampu Yakinkan Pengundi Untuk Terus Sokong BN
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Laporan kemajuan dan manifesto 2008 Barisan Nasional (BN) mampu menarik sokongan pelbagai kaum di Malaysia untuk terus memberikan sokongan penuh mereka demi kesinambungan pemerintahan kerajaan BN.Manifesto itu dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin-pemimpin parti komponen BN.Ia menggariskan isu-isu yang menyentuh mengenai ekonomi, pembangunan seimbang, pendidikan, undang-undang dan keselamatan awam, perkhidmatan awam, membanteras rasuah dan meningkatkan urus tadbir, agama dan perpaduan serta dasar luar negara.Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting berkata manifesto kali ini merupakan janji-janji baru BN bagi penggal akan datang yang dibuat bagi mencapai suatu keseimbangan untuk semua kaum, bagi memastikan tiada kaum yang tertinggal dalam arus pembangunan negara."Manifesto ini memberi jaminan kepada semua kaum. Saya yakin dengan manifesto ini, yang merupakan satu janji penggal akan datang BN," katanya kepada pemberita selepas pelancaran manifesto itu.Ong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata penggubalan manifesto itu mengambil kira kepentingan semua kaum sebelum diluluskan oleh semua pemimpin parti komponen.Katanya manifesto itu mengambil kira pelbagai isu membabitkan kepentingan serta luahan hati rakyat seperti pembangunan ekonomi, sosial, dan agama, di samping membendung dan mengurangkan indeks jenayah negara."Ini (kadar jenayah) satu isu yang membimbangkan semua rakyat. Manifesto BN memberi jaminan bahawa kerajaan sedaya upaya akan memperkuatkan pasukan polis dan menurunkan indeks jenayah," katanya.Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu menyifatkan manifesto BN sebagai yang paling baik pernah beliau lihat setakat ini.Katanya manifesto BN mampu menarik lebih ramai pengundi untuk menyokong BN serta pucuk pimpinan Abdullah."Dengan ini saya percaya BN akan menang besar," kata Samy Vellu, yang juga Menteri Kerja Raya.Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula berkata laporan kemajuan dan manifesto 2008 BN merupakan sesuatu yang agak menyeluruh, hasil perundingan semua parti komponen BN."Ia merupakan satu dokumen yang mencerminkan beberapa isu yang diambil berat oleh rakyat dan diambil tindakan oleh BN, antaranya isu keselamatan dan keharmonian seluruh kaum," katanya.Koh berkata beliau percaya manifesto itu dapat menyakinkan pengundi untuk terus menyokong BN kerana perjuangannya masih belum selesai.Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee pula berkata manifesto BN amat sesuai untuk rakyat pelbagai kaum di seluruh negara kerana ia turut mengambil kira pelbagai aspek termasuk rujukan khusus kepada Sabah dan Sarawak.Menurutnya ia termasuk soal meningkatkan bekalan air dan liputan bekalan elektrik untuk kedua-dua negeri tersebut."Perhatian juga diberikan kepada masalah pendatang asing tanpa izin untuk ditangani oleh kerajaan BN," katanya.Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joseph Pairin Kitingan menyifatkan manifesto BN benar-benar menunjukkan keprihatinan kerajaan termasuk kepada Sabah dan Sarawak.Katanya satu isu penting di Sabah adalah isu pendatang asing tanpa izin dan perkara itu turut diambil kira."Ini menunjukkan bahawa kerajaan pusat mengambil berat masalah ini," katanya. Pairin berkata manifesto BN turut menyentuh soal meningkatkan kepelbagaian etnik dalam sektor perkhidmatan awam."Ini bererti usaha memastikan ada kesaksamaan diambil berat," kata Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.-- BERNAMA


Ikrar Barisan Nasional
Oleh Rozaman Ismail dan Hata Wahari

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan ikrar membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih selamat, aman dan makmur untuk generasi akan datang.

Manifesto dengan slogan ‘Selamat, Aman, Makmur’ itu menggariskan pencapaian dan kemajuan negara dalam lapan sektor sepanjang tempoh 2004-2007 serta janji BN untuk melonjakkan Malaysia ke era yang lebih gemilang.

Sektor-sektor itu ialah ekonomi, pendidikan, pembangunan seimbang, undang-undang keselamatan awam, perkhidmatan awam, membanteras rasuah dan meningkatkan urus tadbir, agama dan perpaduan serta dasar luar.

Manifesto tersebut turut menyatakan ikrar kerajaan BN kepada para pengundi untuk meningkatkan pencapaian setiap sektor sedia ada selain menawarkan visi dan misi bagi mengemudi negara ke tahap yang lebih baik.

Dalam warkah Abdullah yang dilampirkan pada permulaan manifesto itu, Perdana Menteri menyatakan BN memerlukan sokongan rakyat dalam pilihan raya 8 Mac ini.

‘‘Hasrat untuk melahirkan Malaysia yang lebih selamat, aman dan makmur hanya akan dapat tercapai sekiranya kita bersatu hati dan berganding bahu demi generasi hari ini dan akan datang,’’ katanya pada pelancaran yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis itu yang turut dihadiri oleh para pemimpin parti komponen BN, Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata, sejak memperoleh mandat besar pada pilihan raya tahun 2004, kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan setiap apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Beliau berkata, manifesto berkenaan yang turut memberikan laporan kemajuan negara adalah bukti komitmen kerajaan ke atas semua janji yang dibuat pada pilihan raya sebelum ini.

‘‘Kita berpegang kuat kepada Misi Nasional, menjayakan apa yang telah kita janjikan. Hakikatnya banyak yang kita lakukan telah membawa kemajuan dan kejayaan kepada kita,’’ tegas Abdullah di hadapan kira-kira 1,000 penyokong BN.

Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting; Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu; Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joseph Pairin Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee serta Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad juga berada di sisi Abdullah ketika manifesto Malaysia 2008 itu dilancarkan.

Menurut Abdullah, manifesto tersebut akan diedarkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk dibaca, ditatapi dan diperhalusi menjelang pilihan raya.

Katanya, sebanyak 76 perkara besar yang telah diusaha dan dilaksanakan oleh kerajaan dicatatkan dalam manifesto berkenaan.

“Ini adalah perkara penting yang rakyat perlu tahu kerana mereka memberi mandat kepada kita. Janji-janji kita telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan telah pun dimulakan pelaksanaannya.

“Kalau kita ambil semua yang telah kerajaan laksanakan, barangkali ia memerlukan satu buku yang lebih tebal sekali ganda,’’ katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa segala janji kerajaan BN adalah realistik dan bertanggungjawab.

Menurutnya, ia dibuat berdasarkan kesedaran dan komitmen untuk melaksanakannya dan bukan sekadar janji kosong seperti yang ditaburkan oleh parti-parti pembangkang yang terdesak.

“Inilah yang kita tekankan, inilah yang kita laksanakan. Janji kita realistik, janji kita adalah yang bertanggungjawab kerana kita tahu bahawasanya kita akan sekali lagi dapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan.

“Maka kita sentiasa berhati-hati dalam berjanji dan janji mesti berasaskan kepada kesedaran dan kita bertanggungjawab melaksanakannya.

“Ia bukan janji-janji kosong sekadar untuk menghiburkan rakyat, bukan janji yang tiada tanggungjawab, bukan janji kosong, kita bukan begitu,’’ katanya.

Perdana Menteri berkata, pihak pembangkang sebaliknya mengemukakan pelbagai janji yang jelas membayangkan sikap yang terdesak.

“Pas dengan manifestonya, DAP dengan manifestonya. Masing- masing dengan cara mereka. Ini adalah satu pakatan main- main sahaja,’’ ujarnya.

Menurut beliau lagi, parti-parti pembangkang juga tidak dapat meyakinkan rakyat kerana masing-masing mempunyai pendirian dan ideologi berbeza serta tidak boleh berkompromi.

‘‘Mereka tidak dapat yakinkan rakyat dan pendekatan mereka tidak disenangi kerana mereka jelas berbeza dan manifesto pun berlainan,’’ katanya.

Abdullah turut menegaskan kerajaan BN akan terus bekerja untuk rakyat dan berbelanja serta mengurus kewangan negara dengan berhemah.

Beliau berkata, kerajaan tidak berbelanja dan menguruskan kewangan negara secara sesuka hati dan tindakan ini memberi keyakinan kepada pelabur.

Beliau memberitahu, walaupun kerajaan memberi subsidi dan berjimat dalam berbelanja, negara masih boleh mencapai kejayaan pembangunan dalam pelbagai bidang.
\



26 Februari, 2008 11:57 AM

Manifesto BN Yang Diingini Rakyat, Kata Ali Rustam
MELAKA, 26 Feb (Bernama) -- Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ini, merupakan manifesto yang sangat tepat dengan kehendak rakyat, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Beliau berkata slogan "Selamat, Aman, Makmur" akan membentuk suasana aman dengan itu kerajaan yang memerintah akan dapat menjalankan program pembangunan yang dirancang untuk rakyat."Ini adalah mesej yang jelas di mana negara pentingkan keselamatan dengan keamanan kita boleh meneruskan pembangunan agar rakyat lebih makmur," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Negeri Melaka di sini, malam tadi.Mohd Ali yang juga Pengerusi BN Melaka dan Naib Presiden Umno mengulas manifesto BN itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur semalam.Mohd Ali berkata pada pilihan raya umum lepas, slogan "Cermerlang, Gemilang dan Terbilang" dipilih kerana negara sedang berada dalam keadaan yang sangat selesa, "berbulan madu" atau "faktor berperasaan baik"."Waktu itu kita dalam proses peralihan dan kita fikir apa yang kita nak capai pada waktu itu, iaitu untuk meningkatkan kecemerlangan dan menjadi negara yang gemilang dan menjadi negara yang terbilang," katanya.Mohd Ali berkata setelah empat tahun ini, ada suasana yang kurang baik dengan isu Hindraf dan pembangkang yang mahukan demonstrasi jalanan, sedangkan rakyat mahukan keamanan dan keselamatan."Kita ada rasa kurang selamat kerana ada kes-kes keselamatan ini," katanya.Beliau berkata kerajaan telah mengambil 60,000 orang anggota polis dan menambah kereta peronda untuk meredakan rasa takut."Sekarang kita mahu beritahu kita hendak lahirkan suasana yang lebih selamat bagi negara kita dan kita mahu keamanan, tiada demonstrasi jalanan yang menakutkan orang ramai," katanya.Mohd Ali berkata dalam pilihan raya kali ini, tugas kita adalah untuk memberitahu rakyat tentang keselamatan supaya rakyat merasa selesa.Sementara itu, beliau berkata untuk Melaka, akan ditambah dengan slogan "Bersama Mencipta Sejarah" kerana tahun 2010 Melaka akan menjadi negeri maju.-- BERNAMA

Blog Archive

Labels

About Me

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia